Friday 17 February 2012

Spageti


  • 1 bungkus spageti
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • 1 cawan daging kisar
  • 50 g cendawan butang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu heavy cream
  • Sedikit garam & gula (ikut kesesuaian rasa)
  • Sedikit lada sulah & lada hitam

Cara-cara

  1.   Mula2 panaskan air untuk merebus spageti. Tunggu hingga spageti lembut dan masak.
  2.  Tumiskan bawang putih, bila dah agak wangi masukkan pula daging kisar dan cendawan butang.   Tumis sehingga daging empuk.Bila dah empuk, masukkan prego cambell dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula heavy cream dan gaul lagi hingga benar2 masak.
  4. Taburkan pula lada hitam dan lada sulah. Sedia untuk dihidang..

Aiskrim Tiramisu

 
  • 1 bungkus biskut marie perasa coklat
  • 250g cream cheese
  • 1 liter whipping cream
  • gula (ikut citarasa)
  • air bancuhan koko pekat
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang (sehingga menjadi krim)
  2. Celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun biskut marie yang dicelup tadi ke dalam bekas.
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan krim yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses sehingga menjadi tiga lapisan atau lebih.
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, hias kan dengan taburan koko di atasnya.
  5. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk beku.

Tuesday 13 December 2011

Acar Telur

        
  • 2 biji telur rebus
  • 1 biji bawang putih ( dipotong)
  • 1 biji bawang besar (dipotong)
  • 2 biji cili besar (ditumbuk)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu cuka
  • kicap, garam, gula 

      CARA-CARA
      
  1. Goreng telur rebus dan angkat.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah.
  3. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis.
  4. Setelah bau wangi, masukkan cili yang telah ditumbuk tadi. Biar seketika.
  5. Masukkan telur tadi, kemudian cuka dan kicap.
  6. Tambah gula dan garam secukup rasa.

Puding Buih

 



  • 1 paket agar2 strip (35 gram) -rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 6 biji telur - simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail
  • pewarna 
  • esen vanila

        Untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

      CARA_CARA 

  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan esen vanila mengikut citarasa masing2. 
  2. Kacau sebati.
  3. Pukul dulu 6 putih telur hingga menjadi kembang (kalau terbalikkan mangkuk tu  tak tumpah) baru dimasukkan 5 kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul2 kembang dan gebu.
  4. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau dengen mixer hingga sebati. 
  5. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. 
  6. Biarkan sejuk
        Cara-cara membuat kuah.
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. 
  2. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. 
  3. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Puding Lapis Jelly


  • 1 kotak instant jelly - rasberry @ strawberry
  • fruit cocktail

       Bahan A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung krim
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan air

      CARA-CARA

  1. Masak bahan A hingga mendidih dan pekat. 
  2. Masukkan kedalam bekas yang disukai.
  3. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  4. Hias dengan fruit cocktail. 
  5. Sejukkan.

Apam Polka Dot


  • 3 biji telur -dari peti sejuk
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling- blueberry @ strawberry
  • pewarna- ikut citarasa
  • papercup 

   Cara-cara

  1. Pukul telur, gula, ovalette dan esen vanila menggunakan mixer sehingga kembang.
  2. Masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum dan pukul.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, 
  4. Kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  5. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag
  6. Masukkan papercup dalam acuan lompang
  7. Picitkan adunan sehingga 1/2 papercup sahaja.
  8. Letakkan filling di tengah-tengah 
  9. Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup
  10. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
  11. Kukus selama 15 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan

Thursday 8 December 2011

Ayam Masak Merah



  • 15 ketul ayam
  • 9 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji tomato
  • Lada kering } lebih kurang RM 2
  • Bebola ikan } ikut citarasa ( digoreng terlebih dahulu )

 
     CARA-CARA:
    1)     Ayam digaul garam 
    2)     Kemudian digoreng separuh masak 
    3)     Lada kering, bawang besar dan bawang putih dimesin 
    4)     Tumis bahan mesin hingga naik minyak 
    5)     Masukkan ayam dan biarkan seketika 
    6)     Masukkan garam , gula dan serbuk perasa 
    7)     Masukkan tomato dan bawang besar 
    8)     Masukkan bebola ikan